Beli saham menjelang pengagihan dividen

Kalau kita tahu sesuatu syarikat itu akan membayar dividen, adakah kita patut beli saham itu sekarang atau tunggu selepas dividen di bayar?

Apa yang biasa dipraktikkan ialah membeli kaunter itu apabila kita dapat tahu ada pengumuman dividen, dan menjualnya apabila harga naik sebelum dividen dibayar. Pasti akan ada pelarasan harga yang menyebabkan harga turun apabila dividen dibayar. Namun tidak juga salah kalau kita ambil dividen itu dan simpan saham itu untuk jangka masa panjang.

Jom kita tengok beberapa berita pengumuman dividen dalam bulan ini.

1) PIE Industrial Bhd 

PIE Industries Bhd has proposed dividends totalling 20 sen for shareholders for the year ended December 31, 2013.The dividends, decided today, comprise a special single-tier dividend of 8 sen per share, and a first and final single-tier dividend of 12 sen per share.The company said the entitlement date and date of payment of the dividends have yet to be finalised.

 

2) MMC Corporation Bhd 

MMC Corp has recommended the payment of a final single-tier dividend of 3 sen per share for the financial year ended Dec 31, 2013.In a statement to Bursa Malaysia, the firm said the notice of book closure and date of payment of the final single-tier dividend will be determined later.

 

3) Muar Ban Lee Group Bhd 

MBLB plans to pay a second interim single-tier dividend of three sen a share for financial year ended December 31, 2013 (FY13).The ex-date for the dividend falls on April 15 this year, said Muar Ban Lee that manufacturers oil seed-crushing machinery. Payment is planned on April 30.

 

Bengkel Mini Saham

Saya ingin mempelawa kenalan dan pengunjung blog ini untuk hadir ke sebuah Bengkel Mini berkaitan pelaburan saham Bursa Malaysia.

bursa malaysia imej

Tarikh : 24 April 2014 (Sabtu)

19 April 2014 (Selesai)

22 Mac 2014 (Selesai)

22 Februari 2014 (Selesai)

Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Bilik Latihan Creative Intergration Resources,  No 25-2 Jalan 2A/27A,  Seksyen 1 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Fees :       Early birds rate RM250 sahaja seorang .

Syarat untuk layak early birds rate >> Daftar dan bayar deposit RM100; & bayaran penuh selewatnya DUA hari sebelum hari bengkel berlangsung.

Rate biasa RM300 seorang.

Terhad kepada 16 orang peserta sahaja setiap sesi.

Skop pembelajaran, akan menjawab soalan berikut:

  1. Bagaimana nak bermula melabur saham. Perkara asas, terminologi dan persediaan sebelum mula membeli saham.
  2. Cara memilih dan menganalisa saham yang berpotensi untuk kita melabur. Tumpuan lebih kepada kaedah Analisa Teknikal.
  3. Cara mengurus portfolio agar sesuai dengan profil risiko tetapi memaksimakan pulangan pelaburan (ROI).
  4. Tips pelaburan dan sokongan pembelajaran sehinggalah peserta boleh berdikari menjadi pelabur bijak.

Sub-modul bonus:

  1. Group Discussion – bincang saham terpilih yang sedang HOT
  2. Persediaan bagi trader forex (atau bekas trader) apabila memulakan pelaburan saham. Indicator yang digunakan sama, tetapi cara penggunaan berbeza.
  3. Idea kembangkan duit persaraan daripada RM30,000 menjadi RM1 juta

Siapa akan kendalikan bengkel ini?

Penceramah 1.

Brother Badr (39 tahun)

  • Berpengalaman dalam bidang pelaburan 18 tahun.
  • Berpengalaman dalam bidang saham 15 tahun.
  • Mengamalkan analisa teknikal sudah 10 tahun.

Penceramah 2.

Bro Syah Riza (40 tahun)

  • Menceburi bidang saham sejak 1996 (sudah 17 tahun)
  • Pernah berkhidmat dengan syarikat kewangan terkenal
  • Kini merupakan perunding motivasi berkaitan kewangan dan pengurusan

Jika berminat, sila hantar email saharizam[at]gmail.com atau tinggalkan komen di bawah.

Nyatakan perkara berikut di dalam mesej atau komen:

  1. Nama Penuh
  2. No telefon
  3. Alamat
  4. Pengalaman / tahap pengetahuan dalam pelaburan saham

Kami akan hubungi untuk prosedur seterusnya.

 

Fenomena Kenali Saham Mega

fks mega

(Klik pada imej untuk lebih jelas)

Program Fenomena Kenali Saham, adalah disasarkan kepada audience berikut:-

1) Bakal pelabur

Mereka yang baru nak meninjau potensi melabur dalam Bursa Saham. Jika selama ini anda pernah dengar orang buat duit melalui pelaburan saham, maka datanglah bertemu dengan orang yang telah melakukannya.

Ada tips, perkongsian tentang strategi mudah yang boleh dijadikan panduan untuk newbie.

2) Bakal konsultan

Jika anda berhajat mahu terlibat dalam kerjaya berkaitan saham sama ada secara part time atau full time, bersama Apex adalah jalan paling mudah. Modal rendah dan boleh bermula serta merta sebaik lulus ujian.

Satu kelebihan menjadi konsultan ialah anda akan memahirkan diri dalam pelaburan saham. Lama-lama anda akan jadi pakar.

Ada tawaran istimewa jika anda mahu mendaftar menjadi konsultan kami pada hari tersebut.

Jika berminat, hantar sms atau email kepada saya, saharizam[at]sahambursa.com dan nyatakan samaada mahu jadi bakal pelabur atau bakal konsultan. Saya akan berikan maklumat lanjut pembayaran dan persediaan untuk program ini.

Nota tambahan:

Sekiranya anda sudah mula melabur tetapi belum mahir, anda mungkin perlu sertai Bengkel  Mini Saham yang kami jalankan,

http://maxringgit.com/bengkel-mini-saham.html

Modal 30,000 menjadi 462,000

Saya nak kongsikan satu illustrasi yang saya jadikan sasaran untuk akaun saya sendiri. Saya membuat pengeluaran simpanan KWSP untuk melabur di dalam skim EPF-PMA ini. Jumlah pengeluaran adalah RM30,000.

Pada usia sekarang 40 tahun, saya mempunyai baki 15 tahun lagi untuk kembangkan akaun ini pada kadar 20% setahun. Jika sasaran ini dicapai, dan saya lipat gandakan (compounding) setiap tahun hingga tahun ke-15, maka akaun ini akan menjadi RM462k.

Saya kira itu sangat baik, berbanding jika saya biarkan saja simpanan itu mendapat pulangan sekitar 7% setahun.

30k in 15 years

 

Sumber Tips Saham

i3investor epf-pma guide

 

Website I 3 Investor adalah rujukan yang baik untuk sesiapa yang mahu mula belajar mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia. Imej yang saya kongsikan di atas adalah bahagian stock tips yang boleh dijadikan panduan untuk memilih saham yang kita mahu KAJI. Tidak semestinya ikut beli atau jual, tetapi memudahkan untuk zoom kepada saham yang sedang ‘trending’ di bursa.

 

tips saham EPF PMA kaunter YTL

 

Chart weekly YTL sehingga 3 Sept 2013. Saya jangkakan harga akan terus turun sehinggga zon yang saya tandakan kuning. Jika gunakan platform Apex Prime Xcess, boleh buat pending order GTC (Good Till Cancel) pada harga 1.35 atau 1.40

Ada channel yang terbentuk di atas chart. Jika harga sekali lagi menyentuh line di bawah tu, maka ia akan mantul semula mencari resistence.

Saya harap perkongsian ini memberi pencerahan tentang bagaimana mengaplikasikan cara analisa teknikal yang mudah dan ringkas.

Investment Universe July 2013

image

Imej yang saya kongsikan di atas menunjukkan list saham yang saya kenal pasti berkualiti dan boleh dipertimbangkan untuk saya melabur.  Sebenarnya laporan Investment Universe ini disediakan oleh Apex Investment Services Berhad dan dihantar setiap bulan kepada konsultan dan pelanggan kami.

Bagaimana nak gunakan laporan Investment Universe ini?

  1. Saya akan pilih kaunter yang banyak ditandakan baik untuk BELI atau SIMPAN.
  2. Saya rujuk kepada chart weekly (biasanya saya lakukan semasa hujung minggu) untuk menilai di mana paras harga yang sesuai untuk saya masuk beli kaunter tersebut.
  3. Saya google jika ada ‘investor alert’  berkaitan kaunter tersebut. Ada kala kita jumpa hot tips atau amaran yang seakan-akan insider info berkaitan kaunter itu.

Jika ada yang berminat nak belajar, saya boleh ajarkannya. Asalkan anda berdaftar dengan http://www.sahambursa.com/bersarakaya/

 

Tips Melabur oleh En Azman – Pelaburan EPF-PMA

Alhamdulillah seminar bersama En Azman sudah pun selesai.

En Azman sedang mengendalikan sesi Q&A bersama hadirin.

Seminar ini memang menepati ramalan, ia mendapat sambutan hangat daripada kalangan konsultan dan clients terutamanya. Saya sendiri berjaya membawa 15 orang yang berminat pada sesi tersebut. Terima kasih kepada yang sudi menerima jemputan saya tempohari. Keseluruhan hampir 100 orang yang ambil bahagian.

En Azman telah berkongsi falsafah pelaburan beliau. Antara yang saya sempat catatkan buat perkongsian kepada pembaca blog ini:-

  1. Percaya kepada kemampuan diri sendiri dalam perkara ‘buat duit’. Jangan terlalu ikut-ikut pendapat pakar kerana ada pakar yang tak buat duit pun dalam pasaran saham.
  2. Beliau tidak mahir dan tak berminat untuk gunakan analisa teknikal.
  3. Beliau buat analisa fundamental (gunakan equitytracker dalam terminat trading Apex) dan baca daripada beberapa sumber yang berbeza sebelum membeli sesuatu saham.
  4. Beliau ada trading plan sendiri. Kaedah serang 3 lapis, serang, bertahan atau lari. Memang plan trading itu agak agresif, tetapi beliau telah berpengalaman dan tahu bagaimana nak guna.
  5. Ketika ini beliau sedang fokus kepada saham MAS. Katanya orang lain sibuk beli Emas, dia kumpul MAS. Di saat orang lain takut beli saham tersebut, beliau kumpul kekayaan dengan MAS.

Secara ringkas, beliau kongsikan falsafah utama pelaburannya. Lihat fundamental dan labur dalam syarikat yang bagus. Saya suka analogi yang digunakan, katanya kalau kita nak menilai seseorang individu yang ‘bagus’ kewangannya, kita lihat tiga perkara:-

  1. Dia ada gaji yang lumayan, konsisten dan boleh jangka.
  2. Dia ada aset yang membolehkannya hidup selesa.
  3. Hutang yang terurus dengan baik, jika ada.

Samalah juga dengan syarikat yang kita mahu labur, nilaikan aspek berikut:-

  1. Dalam tempoh lima tahun lalu syarikat itu ada aktiviti perniagaan yang menjana keuntungan dan kita boleh nilai aktiviti dan keuntungan itu akan berterusan pada masa hadapan.
  2. Syarikat itu memiliki aset yang baik, yang membantu melancarkan perjalanan perniagaannya.
  3. Hutang yang ada adalah untuk menyokong aktiviti syarikat dan diurus baik.

Sesi hari itu selesai menjelang makan tengahari. Saya dan beberapa hadirin sempat ambil gambar kenang-kenangan bersama En Azman.

En Azman yang kedua dari kiri.

InsyaAllah kami akan jemput lagi En Azman pada masa hadapan. Rajin-rajin jengah blog ini untuk tahu pengumuman jika ada lagi sesi bersama En Azman. Kalau takut ketinggalan, tinggalkan nama, email dan komen “Saya berminat dengan seminar EPF-PMA Apex” dalam ruangan komen di bawah, saya akan maklumkan bila sampai masanya.

Untung RM300k Dalam Akaun PMA

Post kali ni mengenai En Azman. Beliau bukan client saya, tetapi client kepada upline saya. En Azman masih bekerja dengan sebuah bank terkemuka di negara ini.

Ada sebuah klip video yang kami rakamkan tahun lepas. Maaf kualiti suaranya agak kurang jelas.

Fakta menarik tentang En Azman:-

  1. Beliau bukanlah seorang pelabur Bursa yang aktif sebelum bermula dengan akaun Portfolio Management Account (PMA) yang kami tawarkan.
  2. Beliau bekerja, memegang jawatan penting dan sangat sibuk dalam kerjanya.
  3. Beliau bermula dengan pengeluaran pertama daripada akaun 1 simpanan persaraan berjumlah  RM18k. Sejak itu beliau ada membuat pengeluaran tambahan, terkini jumlah kesemua pengeluaran ialah lebih RM270k.
  4. Jumlah keuntungan daripada pelaburan di akaun PMA ini melebihi RM300k dalam masa lebih sedikit daripada 3 tahun.
  5. Beliau menggunakan analisa fundamental sahaja. Tiada graf atau chart yang dianalisa. Satu kaedah melabur yang lain daripada teknik yang saya gunakan.

Beliau akan datang berkongsi dengan kami Konsultan Apex dan juga pelabur bertuah pada 11 Mei 2013 nanti.

Tajuk perkongsian, antaranya ialah:-

  1. Sektor yang dikenalpasti berpotensi untuk kita melabur.
  2. Teknik dan input fundamental yang beliau ambil kira semasa membuat keputusan mahu melabur.
  3. Perancangan strategi melabur dalam tahun ini.

Tuan – cik puan ambil peluang ini, kita sama-sama belajar daripada pelabur yang hebat. Beliau tidak anjurkan kelas atau seminar. Inilah satu-satunya peluang untuk mendengar perkongsian beliau.

Berikut adalah butiran mengenai majlis tersebut:-

Tarikh : 11 May 2013 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Tempat : Apex KL, Level 10A Grand Seasons Avenue (berdepan dengan Hospital Kuala Lumpur)

Kami jangkakan acara ini akan mendapat sambutan hangat. Anda kena tempah cepat jika berminat nak hadir. Hubungi / SMS saya di talian 019-336 3676 sekarang.

p.s – Bayaran RM20 dikenakan untuk setiap yang hadir. Boleh bayar melalui bank berikut:-

MBB 164052027121, atau CIMB 14250010402521

p.p.s Jika anda menjumpai post ini secara tidak sengaja dan masih tak pasti offer ini berkenaan dengan pelaburan apa yang sebenarnya, anda dijemput ke page berikut http://sahambursa.com/bersarakaya/