NAK BUKA AKAUN CDS SEKARANG?

ANDA NAK MELABUR SAHAM TAPI BELUM ADA AKAUN CDS?

Adakah anda mempunyai soalan-soalan seperti di bawah? 

  • Apakah sebenarnya akaun CDS saham?
  • Kenapa perlu ada akaun CDS?
  • Apa fungsi akaun CDS?
  • Bagaimana untuk buka akaun CDS?
  • Berapa kos untuk buka akaun CDS?
  • Apa beza akaun CDS dengan akaun ASB?
  • Bagaimana untuk gunakan akaun CDS untuk trade saham?
  • Apa syarat dan kelayakan untuk buka akaun CDS?
  • Kenapa saya pilih akaun CDS Mplus Online?
  • Berapa kos untuk beli dan jual saham atau “brokerage fee”?  
  • Apa kelebihan akaun CDS Mplus Online?
  • Apakah info penting yang anda perlu tahu tentang pergerakan duit anda di dalam akaun CDS Mplus?
celik saham bursa traders komuniti celik saham bursa traders untuk pelaburan saham dan traders melabur di bursa saham bursa.

Apakah sebenarnya akaun CDS saham? 

  • Central Depository System adalah satu sistem milikan penuh dan diuruskan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd atau juga dikenali sebagai Malaysian Central Depository Sdn Bhd sebelum ini yang merupakan anak syarikat di bawah Bursa Malaysia Berhad.
  • Para pelabur boleh menggunakan Central Depository System untuk memindahkan saham (securities) dari satu akaun CDS ke akaun CDS yang lain dengan syarat pemindahan ini adalah kerana sebab yang dibenarkan oleh  Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. 
  • Transaksi lain yang boleh dilakukan menggunakan akaun CDS adalah pendaftaran maklumat akaun bank, mengemaskini maklumat peribadi, pengaktifan akaun CDS yang tidak aktif, belian pegangan saham, jualan pegangan saham, dan juga menutup akaun CDS anda. 
  • Pelabur yang ingin menjalankan transaksi beli dan jual saham di pasaran Bursa Malaysia mesti ada akaun CDS terlebih dahulu melalui agen yang disahkan oleh Bursa (Authorised Depository Agents – ADA) seperti syarikat broker saham contohnya Malacca Securities atau Mplus, atau investment bank seperti BIMB Investment.
  • Saham atau sekuriti yang dibeli akan direkodkan (credited) ke dalam akaun CDS yang telah dibuka oleh para pelabur. 
  • Sekiranya anda jual saham (sekuriti) tersebut maka saham tersebut akan ditolak (debited) dari akaun CDS anda. 
celik saham bursa traders komuniti celik saham bursa traders untuk pelaburan saham dan traders melabur di bursa saham bursa.

Info tambahan penerangan akaun CDS. 

  • CDS adalah singkatan kepada Central Depository System. 
  • Akaun CDS bertindak seperti akaun simpanan bank atau ASB.
  • Sama seperti akaun bank anda boleh menyimpan duit anda di dalam akaun CDS. 
  • Akaun CDS hanya boleh dibuka oleh anda di bawah syarikat-syarikat broker atau investment bank yang dikawal ketat oleh Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekurities dan juga Bursa Malaysia. 
  • Duit yang anda masukkan ke dalam akaun CDS atau duit deposit anda boleh anda gunakan untuk membeli saham-saham sama ada untuk tujuan pelaburan jangka-masa panjang atau juga untuk jangkamasa pendek bergantung kepada pilihan anda. 
  • Apabila anda membeli sesuatu saham melalui akaun CDS anda maka duit yang ada di dalam “available trading limit” di dalam akaun CDS anda akan digunakan untuk membayar nilai belian saham tersebut. 
  • Sebagai contoh jika anda deposit RM10,000 ke dalam akaun CDS anda dan anda telah membeli saham bernilai RM0.50 seunit sebanyak 100lot (10,000unit), maka duit di dalam “available trading limit” di dalam akaun CDS anda akan ditolak sebanyak (RM5000.00 + brokerage fee) dan bertukar menjadi 100lot saham  yang anda beli tersebut. 
  • Sekiranya anda jual kembali saham yang anda telah beli, katakan harga saham tersebut telah naik kepada RM0.60 maka 100lot saham tersebut bernilai RM6000.00 bermaksud anda telah untung kasar RM1000.00. 
  • Setelah order untuk jualan saham anda tersebut “matched” saham yang anda jual tersebut akan ditukarkan kembali kepada duit yang akan masuk ke dalam “available trading limit” sebanyak RM6000.00, maka jumlah total duit yang ada dalam “available trading limit” anda anda menjadi RM5000 (duit yang masih ada) tambah RM6000.00 (RM5000 modal belian saham + RM1000 untung dari jualan saham) dan akan ditolak yuran brokerage oleh broker mengikut peratusan yang telah ditetapkan. 
celik saham bursa traders komuniti celik saham bursa traders untuk pelaburan saham dan traders melabur di bursa saham bursa.

Gambar di atas ini adalah salah satu fungsi Platform CDS Mplus Online, di mana anda boleh lihat pergerakan harga saham dari waktu pasaran buka sehingga pasaran tutup secara terperinci dalam sehari. 

Kenapa perlu ada akaun CDS? 

  • Untuk  membeli saham-saham yang ada di pasaran saham Bursa Malaysia anda hanya boleh melakukan pembelian sekiranya anda ada akaun CDS sahaja. 
  • Sekiranya anda tidak pernah ada atau buka mana-mana akaun CDS maka anda tidak layak untuk melakukan transaksi beli dan jual saham anda di pasaran Bursa Malaysia.
  • Ada syarikat-syarikat yang memberikan saham percuma kepada kakitangan syarikat dalam bentuk ESOS.
  • Saham ESOS juga memerlukan anda ada akaun CDS untuk jual saham-saham tersebut. 
  • Sebaik-baiknya anda sendiri tahu dan mahir cara menggunakan akaun CDS anda kerana akaun CDS akan hadir bersama platform percuma yang diberikan oleh syarikat broker untuk anda dapatkan info dan lakukan urusan beli dan jual saham. 
  • Platform CDS Mplus Online memberikan anda info yang lengkap dan terperinci untuk anda membuat keputusan yang betul sebelum beli atau ual saham anda.
  • Anda hanya perlu memahirkan diri anda untuk membaca data-data, info-info dan segala maklumat yang ada di platform tersebut. 
  • Sekiranya anda ada masalah untuk memahami cara membaca data-data di platform CDS anda, maka anda boleh hadiri kelas-kelas percuma dan juga berbayar untuk memahirkan diri untuk.
  • Langkah awal untuk sukses dalam trading adalah memahirkan diri anda untuk “platform mastery” terlebih dahulu sebelum melangkah lebih jauh ke hadapan. 

Bagaimana untuk buka akaun CDS? dan berapa kos untuk buka akaun CDS?

  • Untuk buka akaun CDS anda boleh berurusan dengan Marketing Representative (MR), Dealer atau Remisier yang sah dan berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC). 
  • Saya adalah remisier Mplus cawangan Wangsa Maju, dan berlesen dengan SC (Capital Market Services Representative Licensed – eCMSRL). 
  • Anda boleh buat temujanji untuk kita bertemu secara peribadi atau boleh juga berurusan melalui online platform sekiranya ada sebab-sebab yang tidak mengizinkan seperti anda berada di Sabah dan Sarawak atau jarak terlalu jauh untuk berjumpa. 
  • Untuk buka akaun CDS anda hanya perlu sediakan 5 keping salinan kad pengenalan (salinan IC depan belakang pada 1 mukasurat yang sama) dan pastikan tidak ada apa-apa contengan pada salinan tersebut, informasi yang jelas dipaparkan dan gambar serta huruf-huruf tulisan yang terang pada salinan tersebut. 
  • Anda juga perlu sediakan 4 salinan penyata akaun bank muka depan sahaja. 
  • Sekiranya anda dapatkan penyata bank dari cawangan bank maka pastikan ada cop bank, id pegawai bank, nama pegawai bank dan juga tanda tangan pegawai bank, pastikan nama anda pada penyata bank sama dengan nama pada IC anda, pastikan ada alamat anda, no.akaun bank anda dan nama atau logo bank tersebut sama ada maybank atau CIMB atau sebagainya. 
  • Sekiranya anda print daripada estatement, tidak perlu ada cop, id pegawai bank, nama dan tandatangan pegawai bank. Tetapi anda kena pastikan nama anda di e-statement sama dengan IC anda, ada nama dan logo bank, alamat anda, no.akaun anda. 
  • Sekiranya buku bank, hanya perlu salinan informasi muka depan sahaja yang mengandungi nama anda, no akaun anda, alamat anda, nama bank anda. 
  • Sekiranya salinan tidak jelas atau ada informasi yang tidak lengkap pada dokumen yang disertakan maka permohonan anda boleh ditolak dan anda mesti berikan salinan yang baru yang memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh SC. 

Borang pertama yang perlu diisi?

  • Terdapat 3 jenis borang yang anda perlu isi di hadapan MR atau Remisier.
  • Borang pertama adalah : Individual – Client Details. Borang ini hendaklah dilengkapkan mengikut arahan yang diberikan oleh syarikat broker. 
  • Borang ini boleh didapati daripada MR atau Remisier atau dari pejabat branch Mplus.
  • Atau anda boleh juga download dan isi serta serahkan kepada Remisier. 
  • Untuk borang yang anda print-out, borang ini hendaklah diprint-out depan belakang pada 1 kertas, kerana borang ini ada 2 halaman depan dan belakang. 
  • Pastikan tiada mana-mana bahagian yang terpotong setelah anda print-out, termasuklah logo Mplus di atas sekali dan nombor muka surat di bahagian bawah sekali tersebut. 
  • Sekiranya tulisan anda seperti cakar ayam, maka seelok-eloknya anda serahkan kepada remisier untuk isikan atau gunakan borang yang boleh diisi (taip) online terus pada borang sebelum anda print-out. 
  • Ini adalah kerana jika huruf yang anda tulis tidak jelas, maka borang akan direject. 
  • Kosongkan bahagian tarikh (untuk di isi oleh pihak ofis). 
  • Pastikan Nama dan No.Akaun Bank anda sama dengan salinan penyata bank yang anda kepilkan (jika joint akaun tanda / pada YES).

Borang kedua yang perlu diisi?

  • Borang kedua adalah : Individual – Product Details. Borang ini hendaklah dilengkapkan mengikut arahan yang diberikan oleh syarikat broker. 
  • Borang ini boleh didapati daripada MR atau Remisier atau dari pejabat branch Mplus.
  • Atau anda boleh juga download dan isi serta serahkan kepada Remisier. 
  • Untuk borang yang anda print-out, borang ini hendaklah diprint depan belakang pada 1 kertas, kerana borang ini ada 2 halaman depan dan belakang.
  • Pastikan tiada mana-mana bahagian yang terpotong setelah anda print-out, termasuklah logo Mplus di atas sekali dan nombor muka surat di bahagian bawah sekali tersebut. 
  • Sekiranya tulisan anda seperti cakar ayam, maka seelok-eloknya anda serahkan kepada remisier untuk isikan atau gunakan borang yang boleh diisi (taip) online terus pada borang sebelum anda print-out. 
  • Ini adalah kerana jika huruf yang anda tulis tidak jelas, maka borang akan direject. 
  • Kosongkan bahagian tarikh (untuk di isi oleh pihak ofis). 

Borang ketiga yang perlu diisi dan paling tinggi kes permohonan ditolak kerana salah isi?

  • Borang ketiga ini adalah yang paling cerewet sekali untuk di isi.
  • Borang ketiga adalah : Borang Akaun CDS (CDS Account Form).  Borang ini hendaklah dilengkapkan mengikut arahan yang diberikan oleh SC
  • Borang ini boleh didapati daripada MR atau Remisier atau dari pejabat branch Mplus.
  • Anda boleh juga download dan isi serta serahkan kepada Remisier. 
  • Untuk borang yang anda print-out, borang ini hendaklah diprint bahagian depan sahaja pada 1 kertas.
  • Kerana bahagian belakang borang ini yang asal hanya pengandungi panduan mengisi borang sahaja dan tidak perlu diprint-out.
  • Pastikan tiada mana-mana bahagian yang terpotong setelah anda print-out, termasuklah logo Bursa Malaysia Mplus di atas sekali dan nombor muka surat di bahagian bawah sekali tersebut. 
  • Sekiranya tulisan anda seperti cakar ayam, maka seelok-eloknya anda serahkan kepada remisier untuk isikan atau gunakan borang yang boleh diisi (taip) online terus pada borang sebelum anda print-out. 
  • Ini adalah kerana jika huruf yang anda tulis tidak jelas, maka borang akan direject. 

Borang ketiga mesti disediakan dalam 2 set. Cara isi set pertama CDS Account Form:

  • Sekiranya anda isi borang asal yang ada “Carbon Copy”, maka anda hendaklah mengisi penuh 1 set borang dengan maklumat yang dikehendaki dan tanda tangan yang jelas.
  • 1 set borang original ada 3 helaian carbon copy.
  • Kosongkan bahagian tarikh (untuk di isi oleh pihak ofis). 
  • Sekiranya anda isi borang yang anda print-out maka anda hendaklah mengisi 3 helaian salinan borang tersebut dengan maklumat penuh untuk (3 helaian Set 1).
  • Pastikan Nama dan No.Akaun Bank anda sama dengan salinan penyata bank yang anda kepilkan (jika joint account tanda X pada YES).

Set ke-2 borang CDS Account Form : 

  • Sekiranya anda isi borang asal yang ada “Carbon Copy”, set ke-2 ini anda hanya perlu tandatangan sahaja.
  • Sekiranya anda ingin isi juga, maka hanya isi no.IC anda dan nama penuh anda (mengikut ejaan “exactly” dan susun atur “exactly” mengikut IC) anda sahaja.
  • 1 set borang ada 3 helaian carbon copy.
  • Kosongkan bahagian tarikh (untuk di isi oleh pihak ofis). 
  • Ingat set ke-2 borang CDS Account Form ini hanya perlu tandatangan sahaja. 
  • Ini adalah kerana borang ini akan digunakan oleh Bursa sekiranya ada perubahan pada alamat anda kelak. 
  • Jika anda keliru untuk mengisi borang pastikan anda dapatkan tunjuk-ajar daripada remisier atau MR anda. 

Contoh cara pengisian borang “CDS Account Form” versi Print-Out Set-1, 3 salinan.  

Contoh cara pengisian borang “CDS Account Form” versi Print-Out Set-2, 3 salinan.  

Berapa kos untuk buka akaun CDS?

  • Kos untuk buka akaun CDS hanya RM10.00 sahaja.
  • Sebelum ini ada cas 6% GST tetapi telah dihapuskan. 
  • Kos buka akaun CDS ini bukan untuk bayaran remisier atau broker tetapi adalah untuk bayaran kepada SC. 

Apa beza akaun CDS dengan akaun ASB?

  • Perbezaan akaun CDS dengan ASB adalah pada bagaimana modal pelaburan anda digunakan.
  • Untuk akaun CDS anda yang menentukan sendiri pelaburan anda, saham syarikat apa untuk dijual beli, dan keuntungan hasil jual beli saham tersebut adalah milik anda sepenuhnya (setelah tolak yuran broker). 
  • Manakala duit yang anda simpan di dalam ASB akan digunakan oleh ASB untuk pelaburan dan hasil daripada pelaburan yang dijalankan anda diberikan kepada anda dalam range sekitar 6-10% setahun. 
  • Untuk akaun CDS, anda yang menguruskan sendiri risiko pelaburan anda, manakala untuk ASB risiko pelaburan anda diuruskan oleh ASB. 
  • Potensi keuntungan dari akaun CDS anda boleh jadi lebih besar daripada dividen tahunan ASB sekiranya pilihan pelaburan anda betul dan tepat.
  • Tetapi anda juga ada risiko kehilangan modal pelaburan anda sekiranya tiada kawalan risiko yang betul digunakan. 
  • Anda boleh lihat potensi keuntungan daripada saham dalam gambar-gambar di bawah ini.
celik saham bursa traders komuniti celik saham bursa traders untuk pelaburan saham dan traders melabur di bursa saham bursa.

Bagaimana untuk gunakan akaun CDS untuk trade saham?

  • Di dalam platform CDS anda terdapat butang BUY dan SELL di bahagian atas kanan pada paparan platform tersebut. 
  • Anda boleh rujuk gambar di atas ini. 
  • Setelah anda tahu dengan jelas apakah saham paling berpotensi untuk memberikan anda keuntungan maka anda boleh klik pada nama saham tersebut dan anda boleh tekan BUY untuk beli saham tersebut. 
  • Pastikan anda ada modal yang mencukupi berdasarkan berapa lot saham yang anda ingin beli.
  • 100unit saham = 1lot. 
  • Sekiranya 1unit bernilai RM1.00, maka 1lot bernilai (RM1.00 x 100unit x 1lot) = RM100.00 .
  • Jika anda membeli 100lot maka anda perlu ada modal sebanyak Rm10,000.00 atau lebih (kena ambil kira kos brokerage fee).
  • Untuk belajar cara beli dan jual saham di platform anda boleh hadiri kelas percuma atau berbayar mengikut broker atau remisier anda sediakan.  

Apa syarat dan kelayakan untuk buka akaun CDS?

  • Sekiranya anda berumur 18 tahun pada hari membuat permohonan untuk buka akaun CDS maka anda layak.
  • Individu bawah 18 tahun belum layak untuk buka akaun CDS.
  • Anda tidak diisytiharkan muflis oleh CTOS atau CCRIS. 
  • Mesti ada akaun bank di Malaysia, utk mana-mana sahaja akaun bank.
  • Warganegara Malaysia, atau PR, jika bukan warga-negara mesti berikan salinan passport. 
  • Tidak boleh menjadi pekerja syarikat broker bagi “Malaysia Securities Exchange Berhad”.
  • Badan korporat yang memenuhi syarat “Section 4 of the Companies Act 1965”.
  • Badan korporat yang dibenarkan oleh Societies Act 1966.
  • Atau badan korporat di bawah akta parlimen, dan lain-lain. 

Kenapa saya pilih akaun CDS Mplus Online?

Berapa kos untuk beli dan jual saham atau “brokerage fee”?  

  • Sebab utama saya memilih akaun CDS Mplus adalah kerana brokerage fee yang mesra pedagang runcit atau retailer.
  • Cash Upfront (Mplus Silver) 0.08% < 50k .
  • 0.05% > 50k Intraday: 0.08% Minimum: RM8.
  • Antara cas lain yang akan dikenakan adalah  clearing fee dan stamp duty. 
  • Gambar di bawah ini adalah Tax Invoice yang anda akan terima setiap kali anda beli dan jual saham menggunakan akaun CDS Mplus Online anda. 
  • Email akan dihantar selewat-lewatnya sehari selepas urusniaga dijalankan. 
  • Sebaik-baiknya anda simpan kesemua rekod urusniaga ini untuk rujukan anda. 
celik saham bursa traders komuniti celik saham bursa traders untuk pelaburan saham dan traders melabur di bursa saham bursa.

Perhatikan gambar di bawah ini.

  • Jika anda bandingkan kos brokerage pelbagai syarikat broker maka Mplus masih merupakan syarikat yang mengenakan cas broker termurah kepada retailer client setakat hari ini.
  • Sekiranya modal anda RM10,000.00 dan ke atas, maka anda masih boleh menjana profit walaupun saham anda naik 1 bid sahaja.
  • Ini adalah kerana brokerage fee yang murah membantu anda lebih mudah untuk profit berbanding brokerage fee yang agak mahal.
celik saham bursa traders komuniti celik saham bursa traders untuk pelaburan saham dan traders melabur di bursa saham bursa.

Apa kelebihan akaun CDS Mplus Online?

  • Mplus menawarkan interest sehingga 2.7% setahun sekiranya anda mengekalkan duit anda di dalam “trust account” CDS Mplus ONline anda. 
  • Antara kelebihan akaun CDS Mplus Online adalah terdapat satu fungsi menarik yang begitu berguna untuk anda gunakan yang dipanggil “Que Analysis”. 
  • Berdasarkan Que Analysis anda dapat membaca sentimen semasa demand dan supply pasaran sesuatu saham pada waktu tersebut. 
  • Antara kelebihan lain adalah Syrikat Broker Malacca Securities itu sendiri sentiasa melalukan penambahbaikan untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna. 
  • Platform CDS Mplus Online juga mesra pengguna dan mudah digunakan. 
  • Terdapat fungsi FPX untuk anda melalukan deposit yang hanya memerlukan masa satu jam atau kurang untuk anda deposit modal pelaburan anda. 
  • Aplikasi android, IOS, membolehkan anda buka platform versi mobile pada telefon atau tablet anda, untuk anda trade di mana-mana sahaja selagi anda ada sambungan internet yang bagus. 
  • Anda juga boleh deposit modal pelaburan melalui FPX di aplikasi mobile CDS Mplus Online. 
  • Malacca Securities pernah menerima anugerah”award”untukBursaExcellence2018.
  • 2 award yang dimenangi oleh Malacca Securities adalah :
  • CHAMPION Best Retail Equities Participating Organization (Non-Investment Bank )
  • CHAMPION Best Overall Bursa Malaysia -i Participating Organization. 

Apakah info penting yang anda perlu tahu tentang pergerakan duit anda di dalam akaun CDS Mplus?

  • Untuk anda tahu pergerakan modal pelaburan anda bermula dari deposit sehingga anda withdraw anda kena faham susunan berdasarkan gambar di bawah ini. 
  • Informasi ini anda boleh tengok di dalam platform akaun CDS Mplus anda di bahagian My Account > Account Summary. 
  • Duit yang anda baru deposit akan terus masuk ke dalam Available Trading Unit.  
  • Setiap kali anda deposit duit ke dalam akaun CDS Mplus anda, Mplus akan “put aside” siap-siap sebahagian duit deposit anda untuk kos brokerage (deposit anda x 99.5% – RM40). 
  • Contohnya anda deposit RM10,000.00 maka duit yang anda boleh gunakan untuk terus trade beli saham adalah (RM10,000 x 99.5% – 40) = RM9910.00. 
  • RM90.00 akan disimpan oleh Mplus untuk standby brokerage fee. 
celik saham bursa traders komuniti celik saham bursa traders untuk pelaburan saham dan traders melabur di bursa saham bursa.

Apakah info penting yang anda perlu tahu tentang pergerakan duit anda di dalam akaun CDS Mplus?

  • Apabila anda melakukan pembelian saham maka duit yang berada di dalam “Available Trading Limit” akan ditolak senilai dengan berapa unit atau lot saham yang anda beli dan ditolak kos broker, clearing fee dan juga stamp duty. 
  • Proses seterusnya anda diuruskan oleh broker untuk setlement bayaran belian anda kepada Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. 
  • Setelah anda jual saham yang telah anda beli sebelum itu, duit akan terus masuk ke dalam “Available Trading Limit” dan anda boleh terus gunakan sekiranya anda ingin beli saham lain dengan segera. 
  • Sekiranya anda ingin “withdraw” atau keluarkan duit deposit anda beserta untuk atau jika rugi , beserta kerugian (deposit berkurang), anda perlu tunggu sehingga urusan Bursa Malaysia Clearing Sdn Bhd selesai dan duit akan masuk ke dalam Trust Account selepas hari T2. 
  • T0 adalah hari anda jual saham anda, T1 adalah hari urusan clearing dijalankan dan T2 selesai urusan dan duit berada di dalam Trust Account CDS Mplus Online anda. 
  • Setelah duit berada di dalam Trust Account anda boleh keluarkan (wothdraw) atau boleh biarkan di dalam trust account untuk dapatkan interest tahunan sehingga 2.7%.  

Sekiranya anda nak isi borang akaun CDS di hadapan saya, anda boleh hubungi saya dan tetapkan tarikh temujanji. 

Anda juga boleh berurusan dengan robot saya di telegram untuk “step by step” isi borang akaun CDS. 

Untuk pos sekiranya perlu anda boleh hantarkan terus ke alamat saya di : 

Zul Izzi Nordin, 607 Blok 2, Ting.6, Komuter Raya, Seksyen 19, 40300 Shah Alam Selangor, 0108182358. 

 

 

celik saham bursa traders komuniti celik saham bursa traders untuk pelaburan saham dan traders melabur di bursa saham bursa.

—– page tamat —–

0
Bilangan Ahli Secret Group Terkini.
celik saham bursa traders komuniti celik saham bursa traders untuk pelaburan saham dan traders melabur di bursa saham bursa.

Trade Cara Pro,

Dengan Ilmu

Dan Yakin.